html5 templates



“Apabila anda menyenaraikan perkara untuk dipersalahkan,
jangan lupa untuk tuliskan nama sendiri.”

Dr. Ali Qassem

 “Ada orang memperkatakan, bercakap dan berbicara dengan bijak adalah dua perkara yang berlainan. Orang yang bodoh bercakap, orang yang bijak berbicara. Meluangkan 10 minit dengan Ali, anda bukan sahaja menyaksikan kebijaksanaannya tetapi juga semangatnya yang berkobar-kobar.”

100 KATA-KATA MOTIVASI DR. ALI QASSEM

SEMOGA ANDA MAJU JAYA !

 “Apabila anda menyenaraikan perkara untuk dipersalahkan, jangan lupa untuk tuliskan nama sendiri.”

 “Fokus, dedikasi, usaha, tekad dan motivasi adalah asas kejayaan; ANDA yang mengawal kesemuanya.”

 “Anda perlu sentiasa bersiap sedia, sanggup belajar, melangkah ke hadapan dan aktif.”

 “Saya patut, saya mesti and saya akan adalah tiga frasa ayat yang paling penting dalam kamus kemenangan.”

 “Kejayaan bukan tentang apa yang anda suka atau tidak suka. Kejayaan adalah tentang ketaatan kepada prinsip.”

 “Saya tidak tahu cabaran apa yang bakal menanti esok, tetapi saya sedar saya perlu mengharunginya.”

 “Anda sepatutnya mendapat motivasi daripada orang-orang yang meragui anda dan harus menjadi lebih baik setiap hari.”

 “Adalah pilihan anda sama ada bekerja untuk mengejar impian sendiri atau untuk impian orang lain.”

 “Memahami satu soalan boleh mendapat separuh jawapan; menentukan satu matlamat boleh mendapat separuh kejayaan.”

 “Jika anda tidak percaya anda boleh berjaya, anda akan berkelakuan seperti orang yang kecundang.”

 “Jika anda mempunyai kemahuan untuk mendapatkan sesuatu, anda akan mencari pelbagai cara untuk mendapatkannya.”

 “Ada yang akan cuba sengaja menjatuhkan anda, padamlah mereka daripada senarai kenalan anda.”

 “Untuk menjadi lebih baik, jangan memikirkan apa yang anda perlu jadi tetapi fikirkan apa yang anda boleh jadi.”

 “Jika anda tidak tahu melakukan sesuatu, bukan maknanya itu adalah mustahil.”

 “Ada perbezaan yang sangat ketara antara sikap ‘saya akan cuba sedaya upaya’ dan ‘saya akan’.”

 “Kejayaan datang dari keinginan yang membara, sikap positif, usaha yang hebat, dan sumbang khidmat serta bantuan kepada orang lain.”

 “Mereka yang mempunyai sikap negatif harus berubah, jika tidak kesengsaraan akan membelenggui mereka.”

 “Jika anda tidak menyukai keadaan anda sekarang, anda tidak akan mendapat apa-apa dengan sikap, ilmu pengetahuan, kemahiran dan usaha yang sedia ada, anda harus berubah.”

 “Kegagalan adalah satu kejadian, anda harus terus berusaha, mencari dan mempertingkatkan kemahiran baru untuk mencapai tahap potensi anda.”

 “Di masa hadapan,kemungkinan anda akan ditukarganti dengan mikropemproses USD1000, melainkan anda adalah seorang yang tidak boleh ditukargantikan.”

 “Ada orang yang hanya membeli sebuah buku dan jumlah bar coklat yang tidak terkira dalam hidup. Anda perlu membaca banyak buku untuk mengetahui jenis coklat yang perlu dibeli, bagaimana dan bila menikmati coklat tersebut.”

 “Jika anda tidak membuat pilihan dalam hidup, perkara yang anda tidak pilih akan datang kepada anda.”

 “Tukarlah cara anda berfikir, fikirkan satu IMPIAN BESAR, fokus kepada impian itu, letakkan usaha kepada impian itu, bertekadlah untuk mencapai impian itu, anda akan diingati.”

 “Apabila anda bangun pagi, pejamkan mata dan teruskan bermimpi; buka mata anda dan carilah jalan untuk menjadikan mimpi itu satu kenyataan.”

 “Saya mahu nama saya catatan sejarah.”

 “Adalah susah untuk ingat kembali mimpi malam hari. Mimpilah siang hari.”

 “Saya dilahirkan dengan satu tujuan; membimbing kehidupan saya; membantu orang lain; menjadi pemenang. Saya AKAN.”

 “Jika anda ingin mengetahui betapa kuatnya anda, tanyalah jutaan sperma lain mengapa ANDA satu-satunya yang terselamat.”

 “Bangkit ! Dunia dah berbeza.”

 “Pastikan anda menjadikan orang lain yang tidak mempercayai anda selama ini berharap sangat untuk memdapatkan sekeping gambar anda.”

 “Jangan mengaku kalah; bangkit. Anda akan menyerlah dengan menetapkan matlamat hidup.”

 “Anda perlu berusaha setiap hari, bukannya mencari pelbagai alasan.”

 “Kejayaan adalah seperti seekor rama-rama. Sangat susah untuk menangkapnya, anda perlu menarik perhatiannya.” 

 “Jangan cepat puas dengan apa yang telah anda tercapai; selagi anda masih hidup, anda masih lagi boleh menyumbang; menjadi lebih baik, membuat lebih banyak pencapaian.”

 “Hanya ada seorang sahaja yang mampu mengubah hidup anda dan menjadikan anda lebih hebat; ANDA sendiri.”

“Jika anda tidak menyukai keadaan anda, JANGAN tidak buat apa-apa.”

“Bangun, bertindak, dan tunjukkan diri anda yang sebenarnya.”

“Untuk mencapai kemenangan, hadapi cabaran dengantekad untuk menanganinya.”

 “Jika anda dianggap tidak berguna, hentikan anggapan tersebut.”

 “Jangan risau akan keesokan hari sekiranya anda telah lakukan apa yang patut untuk hari ini; HARI INI.”

 “Jika anda fikir matlamat anda susah dicapai, betulkan matlamat itu dan bertekad untuk mencapai matlamat itu; ianya boleh dicapai.”

 “Diri anda adalah kuat; saya percaya kepada anda. Anda perlu menambah tenaga pada kemahuan anda.”

 “Janganlah hanya mendengar kepada cerita kejayaan. Bangkitlah dan mula mengorak langkah untuk merasai kejayaan sendiri. Percayalah, ianya berbaloi.”

 “Anda boleh berjaya. Ramai yang telah berjaya, ramai yang baru berjaya dan ramai lagi akan berjaya. Jadilah antara satu daripada mereka.”

 “Jika anda ingin berjaya dalam bidang, belajar, belajar, belajar dan teruskan belajar.”

 “Jika anda bertekad dan fokus kepada impian anda, impian anda akan menjadi kenyataan.”

 “Berilah lebih banyak daripada apa yang diambil, anda akan mendapat balik lebih banyak daripada apa yang telah anda berikan.”

“Jika anda ingin belajar dengan cepat, bergaullah dengan mereka yang tahu lebih banyak perkara daripada anda.”

 “Sekiranya anda bekerja keras sehari suntuk, anda akan tiada masa langsung, apatah lagi ingin merancang kewangan.”

 “Penuhilah minda anda dengan perkara positif setiap hari, maka tiadalah ruangan untuk yang negatif.”

 “Jangan harapkan orang lain akan percaya dengan keupayaan anda sekiranya anda sendiri tidak percayai dengan keupayaan diri.”

 “Anda dilahirkan dengan penuh kehebatan. Saya tertanya-tanya jika anda pernah cuba menunjukkan kehebatan itu kepada dunia.”

 “Dapatkan satu impian besar, dengan pengetahuan dan sikap yang patut, mulalah bertindak. Anda akan mencapai impian itu.”

 “Cara anda menangani isu-isu yang kecil mencerminkan cara anda menangani kesemua isu.”

 “Sedikit demi sedikit perkembangan, akhirnya akan menjadi juga.”

 “Bilangan orang yang tidak menyerah kalah sangat kurang. Jadilah antara mereka. Anda akan menang jua.”

 “Orang yang mencatat sejarah tidak menunggu untuk diberitahu apa yang perlu dilakukan.”

 “Senjata yang paling bahaya digunakan untuk menentang anda adalah menanamkan keraguan dalam minda anda.”

 “Anda tidak akan dapat apa-apa daripada merungut, mengeluh dan meratap.”

“Impian anda, kehidupan anda dan perjalanan hidup anda bergantung kepada satu perkara – pemikiran anda.”

 “Ramai yang mempunyai impian – impian adalah percuma. Hanya segelintir sahaja yang akan membayar dengan usaha untuk mencapai impian tersebut.”

 “Pemikiran positif, keazaman, hala tuju yang tepat dan tindakan akan dapat mengubah hidup.”

 “Jika anda ingin mencapai impian yang besar, letakkan minda dan jiwa dalam setiap tindakan yang diambil.”

 “Pekerjaan adalah nama moden untuk perhambaan.”

 “Ada orang yang hanya membeli sebuah buku dan jumlah bar coklat yang tidak terkira dalam hidup. Anda perlu membaca banyak buku untuk mengetahui jenis coklat yang perlu dibeli, bagaimana dan bila menikmati coklat tersebut.”

 “Jika anda ingin mencapai impian anda, berjaya dalam hidup dan menjadi lebih hebat, bacalah buku.”

 “Ianya bukan tentang apa yang akan anda dapat dengan membaca buku, ianya adalah tentang apa yang bakal anda kehilangan jika tidak membaca.”

 “Apabila saya menghadapi masalah, saya akan bertanya kepada kawan yang dipercayai – buku.”

 “Keinginan, semangat dan keazaman mestilah lebih kuat daripada keraguan dan ketakutan anda.”

 “Sentiasa tetapkan fokus, berani, berdiri dan bergerak ke hadapan. Jangan sekali-kali putus asa.”

 “Saya suka mereka yang lebih pintar daripada saya; saya mempelajari daripada mereka, dan mereka membantu saya semakin mendekati impian saya.”

 “Bangun, berdiri dan tunjukkan kepada dunia siapakah anda.”

“Kejayaan itu menyeronokkan, cantik, terasa hebat, dan benar-benar lazat. Anda patut merasainya.”

“Rancang hidup dan impian anda, sentiasa ada rancangan B, C, D, E, …..Z.”

 “Jika anda ingin memperolehi lebih banyak pendapatan, lakukan kesemua yang mungkin untuk meningkatkan nilai anda.”

 “Kita tidak melakukan kesilapan, kita buat pilihan. Pastikan tidak melakukan kesilapan buat kali yang kedua.”

 “Tenaga adalah kualiti utama untuk melakukan apa jua. Anda tidak akan dapat tenaga tanpa semangat.”

 “Apabila anda mengabadikan kehidupan dengan impian anda, kejayaan akan datang mencari anda.”

 “Jangan hanya bertahan untuk hidup. Berfokus, bertekad, lakukan yang terbaik dan terus berkembang maju.”

“Anda tidak akan lebih hebat daripada hari ini jika anda masih melihat diri seperti kelmarin.”

 “Jika anda mengetahui tahap potensi diri dan ingin merealisasikannya, minda, hati dan jiwa anda akan mencipta semangat yang luar biasa untuk melakukannya.”

“Jika anda ingin melihat masa depan anda, ciptalah masa depan itu.”

 “Impian yang besar akan mengelakkan anda menumpukan perhatian kepada perkara yang remeh.”

 “Sekiranya anda sentiasa lega dengan apa yang anda lakukan, maka anda tidak dapat mengejar impian anda.”

 “Anda akan menjadi seperti mana yang anda fikirkan dan dibentukkan.”

 “Jika anda mahu meningkatkan standard anda, milikilah minda yang positif, sentiasa bermotivasi, gunakan idea yang anda dapati dalam buku.”

 “Untuk berjaya, perlu sentiasa berfikir, sentiasa bersiap sedia dan bertindak seperti orang yang berjaya.”

 “Jika anda tidak berterusan memperbaiki diri, anda akan kekal seperti mana anda berada sekarang – selamanya.”

 “Jika anda berasa ingin berputus asa, tanya diri sendiri mengapa anda mulakan impian itu.”

 “Anda tidak akan percaya betapa kuatnya pengaruh satu impian, satu rancangan dan semangat untuk mencapainya.”

“Jika anda tidak mengaku kalah, anda tidak akan putus asa dan anda akan menang akhirnya.”

 “Jangan jadi yang biasa. Lakukan yang luar biasa untuk menjadi yang luar biasa.”

 “Untuk mencapai kejayaan, anda perlu mengambil langkah yang pertama – tentukan matlamat.”

 “Pilihlah satu impian dan mulalah bekerja untuk impian itu – sekarang.”

 “Anda yang mengawal sepenuhnya hidup anda, melainkan anda membiarkan orang lain yang mengemudi hidup anda.”

 “Apabila anda terbang tinggi seperti helang dan dikritik oleh ayam, abaikan. Tahapnya tak layak.”

 “Anda mempunyai kuasa untuk mengubah segala-galanya, bukannya seperti haiwan, tumbuhan atau benda yang lain.”

 “Anda tidak akan dapat menyeberang sungai hanya dengan menyentuh air dalam sungai itu.”

 “Sesungguhnya ketamakan mengambil lebih daripada apa yang anda perlukan.”

 “Sentiasalah anggap semalam sebagai sebuah sekolah dari mana anda dapat pembelajaran dan hari ini sebagai titik permulaan untuk hari esok yang lebih baik.”


Would you like Dr. Ali to speak at your next  event?

Please CONTACT US TODAY
a representative will contact you right away. 

DR.  ALI'S  BOOKS 

Islamic Leadership Book | Dr. Ali Qassem

LEADERSHIP FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE

Managers' Dilemmas Book | Dr. Ali Qassem

MANAGERS' DILEMMAS

Going The Extra Mile Book | Dr. Ali Qassem

GOING THE EXTRA MILE

Succession Planning Book | Dr. Ali Qassem

SUCCESSION PLANNING