International Motivational Speaker & an HRD Consultant and Trainer
Copyright © 2008 - 2011 Ali Qassem International - Motivational Speaker, Management Consultant, Training Provider
Helping those who are doing poorly to do well, and those who are doing well to do better.
The Greatest Collection of the Best E-Books on the Internet at Lower Prices.
Internet Marketing Video Training Vault
Discover How To Watch & Learn While Your Sell & Earn! by Simon Hodgkinson
Get This Massive Collection Of 'How To' Internet Marketing Training Videos That Show The Easy Ways To Increase Your Online Profits...
Imagine, No More Boring Books or Hard To Follow Manuals - Just Simple On Screen Answers At Your Fingertips Whenever You Need Them.
Artikel ini adalah percuma. Anda dibenarkan menggunakan artikel ini tanpa mengubah mana-mana bahagian dan sebutkan sumber adalah dari www.aliqassem.com
Dr. Ali mempunyai artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari Rabu, dan artikel dalam Bahasa Melayu setiap hari Sabtu di
New Sabah Times
ADVERTIZE
IN THIS PAGE
IF YOU ARE READING THIS, SO ARE YOUR
POTENTIAL CUSTOMERS !
A month
PEOPLE ARE MAKING MONEY
VIRUS ORGANISASI
Bahagian 4




Boleh dikatakan setiap orang dewasa yang bekerja mempunyai dua rumah; rumah tempat tinggal dan tempat kerja. Kita menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja. Dengan itu, kelakuan majikan dan rakan sekerja atau sepejabat mempengaruhi lebih banyak tahap tekanan atau kegembiraan berbanding dengan rumah tempat tinggal.
Di tempat kerja, terdapat rakan sekerja atau sepejabat yang sangat baik dan murah hati di depan anda tetapi berkelakuan di sebaliknya di belakang anda. Terdapat juga yang pura-pura sibuk tetapi tidak memberi apa-apa sumbangan. Golongan manusia ini adalah virus hipokrit dalam organisasi.
Menurut kamus, orang yang hipokrit bermaksud, “Orang yang bertindak bertentangan dengan kepercayaan dan perasaan diri.”
Orang yang hipokrit mempunyai dua perwatakan; yang bercakap manis danbaik di depan dan menikam dari belakang dengan komen yang buruk. Orang jenis begini berpura-pura menjadi kawan baik anda, prihatin terhadap orang lain serta berpura-pura menunjukkan dialah pekerja ideal dalam organisasi.
Adakah anda mempunyai rakan yang berpura-pura sibuk di depan komputer atau berjalan ke sana sini seolah-olah sibuk menyiapkan kerja, sementara yang lain betul-betul berusaha melaksanakan tugas mereka ?
Adakah anda mempunyai rakan yang berpura-pura menjadi rakan anda dengan senyuman manis, yang mana sebenarnya rakan itu iri hati terhadap anda dan menunggu masa yang sesuai untuk menjatuhkan anda ?
Adakah anda mempunyai rakan yang berpura-pura membantu anda yang mana hanya memburukkan lagi keadaan dan prestasi kerja anda ?
Bagaimana perasaan anda tentang rakan yang sebegitu dan tertanya-tanya mengapa rakan anda bertindak sedemikian ?
Kebanyakan virus ini melakukan perkara-perkara begitu kerana mereka beranggapan orang lain memandang rendah terhadap kemampuan mereka, tidak peka atau peduli terhadap perasaan orang lain, berpendapat orang lain lebih baik daripada mereka. Mereka berasa tidak selamat dan akan memcari peluang untuk menjatuhkan anda.
Virus hipokrit berasa cemburu dengan anda. Mereka akan memberikan anda tekanan dan gangguan emosi bagi. Mereka berbuat begitu supaya mereka berasa diri dapat lepas dari tekanan diri.
Jika terdapat gosip yang tidak betul terhadap anda, cara yang terbaik untuk menghentikan gosip ini adalah bersemuka secara tenang dengan orang yang memulakannya. Ini akan menyedarkan mereka bahawa anda mengetahui apa yang berlaku dan sama ada mereka akan berhenti bergosip atau sekurang-kurangnya mereka akan mengurangkan gosip tersebut.
Namun, jika gosip ini adalah benar, cara yang terbaik untuk menghentikan gosip itu adalah mengaku serta meminta maaf secara ikhlas, buktikan bahawa anda sememangnya bukan sengaja untuk melukakan hati sesiapa.
Hipokrit adalah satu kejahatan yang mempengaruhi emosi kita secara negatif. Ia boleh membawa kepada satu tahap tekanan yang tinggi. Ia juga mempengaruhi reputasi dan keyakinan diri seseorang.
Jika virus hipokrit ini tidak ditangani, anda akan jatuh sakit dan berakhir dengan meletak jawatan.

