Motivational Speaker, Dr. Ali Qassem
Testimonies
Articles
 (PSMB) Certified Trainer
Malaysian Association of Professional Speakers
Global Speakers Federation
About Dr. Ali
Programmes
Training Methodology
Privacy Policy
Sitemap
Welcome Gift
Photo Gallery
International Motivational Speaker & an HRD Consultant and Trainer
Dr. Ali's Slides
Society for Human Resource Management
Motivational Speaker, Dr. Ali Qassem
Motivational Speaker, Dr. Ali Qassem
Home
Contact
Contact
Sitemap
Privacy Policy
Training Methodology
Photo Gallery
Dr. Ali's Slides
Articles
Programmes
Testimonies
About Dr. Ali
Welcome Gift
Home
Motivational Speaker, Dr. Ali Qassem
Motivational Speaker, Dr. Ali Qassem
Copyright ©  2008 - 2011 Ali Qassem International - Motivational Speaker,  Management Consultant, Training Provider
Helping those who are doing poorly to do well, and those who are doing well to do better.
The Greatest Collection of the Best E-Books on the Internet at Lower Prices.
Arts & Entertainment
Business
Auto - Cars
Computers & Internet
E-Book Store
Education
Employment
Family
Food
Health
Hobbies
Home
Hotels
Online Marketing
Self Help
Sports
Travel
Wedding
Weight Loss
New Sabah Times Website
Click Here
Internet Marketing Video Training Vault
Discover How To Watch & Learn While Your Sell & Earn! by Simon Hodgkinson
Get This Massive Collection Of 'How To' Internet Marketing Training Videos That Show The Easy Ways To Increase Your Online Profits...
Imagine, No More Boring Books or Hard To Follow Manuals - Just Simple On Screen Answers At Your Fingertips Whenever You Need Them.
Learn More......
Artikel ini adalah percuma. Anda dibenarkan menggunakan artikel ini tanpa mengubah mana-mana bahagian dan sebutkan sumber adalah dari www.aliqassem.com
Dr. Ali mempunyai artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari Rabu, dan artikel dalam Bahasa Melayu setiap hari Sabtu di 
New Sabah Times
ADVERTIZE
IN THIS PAGE
IF YOU ARE READING THIS, SO ARE YOUR
POTENTIAL CUSTOMERS !
A month
PEOPLE ARE MAKING MONEY
Kembali  Ke Laman Artikel
Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian 1/4
Bersambung…
Menjawab soalan “Mengapa organisasi menemui kegagalan” - baik sepenuhnya ataupun untuk mencapai tujuan, majoriti pengurusan terbaik guru dan ahli falsafah di dunia yang pernah dikenali bersetuju bahawa organisai gagal kerana pengurus gagal. Mereka menjelaskan pengurus gagal bukan kerana masalah kemahiran teknikal tetapi mereka gagal untuk menguasai perhubungan antara manusia, cuba untuk menguasai, manupulasi dan ketepikan manusia.

Apabila kita berbicara tentang organisasi, dalam mengambil keputusan untuk mengupah atau menghentikan pekerja, atau membangunakan sumber manusia, kita sebenarnya berbicara tentang keputusan, tindakan dan perilaku pengurus sesebuah organisasi. Terdapat lima elemen asas dalam kejayaan bisnes. Untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang bisnes, organisasi tersebut herus mempunyai satu produk atau perkhidmatan yang unik, sumber manusia, kewangan, masa yang tepat untuk pengeluaran dan pengenalan produk serta pengurusan yang berkesan.

Namun, jika terdapat kekurangan dalam pengurusan berkesan sesebuah organiasasi, maka keputusan yang tepat tidak dapat dibuat, menghadapi masalah kewangan tidak mencukupi, tidak dapat meningkatkan sumber manusia, dan tidak akan mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang unik. Penerangan lanjut tentang kepentingan pengurus dalam organisasi,  Peter Drucker, pemikir pengurusan yang paling disegani, mengatakan, “Pengurus adalah orang yang memberikan elemen dinamik dalam apa-apa organisasi. Tanpa seorang pengurus yang berkesan, sumber tetap akan jadi sumber sahaja dan tidak akan menjadi pengeluaran. Dalam zaman okonomi yang kompetitif, kualiti prestasi pengurus dalam sesebuah organisasi adalah satu-satunya kelebihan kepada sesebuah organisasi.”

Harvard Business Review 2006 pula menjelaskan pengurusan sebagai “satu proses panduan, mengarah dan pengawalan bagi mencapai keberkesanan objektif dan secara efektif denganatau melalui orang lain,” sumber manusia dalam sesebuah organisasi sangat penting bagi pencapaian bisnes dan kejayaan.


Untuk memperolehi keberkesanan yang tinggi dalam pengurusan, pengurus harus menguasai empat kemahiran yang tidak dapat dipisahkan. Yang pertama adalah Kemahiran Teknikal (Technical Skills). Seseorang tidak boleh mengurus sekiranya dia tidak mengetahui proses dan kaedah produk atau perkhidmatan. Yang kedua adalah Kemahiran Pentadbiran (Administrative Skills), iaitu merancang, mengorganisasi dan mengawal. Yang ketiga adalah Kemahiran Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan (Problem-Solving and Decision-Making Skills). Yang keempat dan yang paling penting adalah Kemahiran Hubungan Manusia (Human Relations Skills).

Tidak ada sesiapa boleh menjalankan syarikat atau mencapai sebarang kejayaan dengan sendirinya. Oleh itu menguasai kemahiran hubungan manusia adalah satu keperluan kepada pengurus dalam organisasi. Tidak kira betapa bijak, terlatih, berkemahiran seseorang pengurus, dia tidak akan menjadi seorang pengurus yang berkesan melainkan dia memperolehi penghormatan, kepercayaan dan kesanggupan kerjasama dari yang lain yang menjadi inti kepimpinan.

Dalam buku “Managing” karyaan Harold Geneen, presiden dan CEO International Telephone and Telegraph Corporation (ITT), dan juga telah mengembangkan bisnes syarikatnya dari yang saiz medium dengan jualan USD$760 milion dalam tahun 1961 kepada konglomerat multinasional yang mengaut keuntungan jualan USD$17 billion dalam tahun 1970, mengatakan, “Kepimpinan adalah jiwa dan raga dalam bisnes pengurusan…Anda tidak boleh hanya dengan menyusun carta organisasi, bermain dengan nombor, atau memadankan dengan formula bisnes terbaru. Apa yang anda mengurus dalam bisnes adalah manusia dan menguasainya adalah resipe kejayaan dalam bisnes.”

Kemahiran pengurusan dan kemahiran kepimpinan adalah berbeza, tetapi kedua-duanya diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam organisasi. Pengurusan menbabitkan perancangan, anggaran perbelanjaan, pengawalan, kepegawaian  dan menyelesaikan masalah. Itu tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Sesebuah organisasi harus mampu mengadaptasi dalam sebarang perubahan. Kepimpinan menglibatkan menetapkan arah tuju, wujudkan satu persekitaran kerja yang memotivasikan, menyelaraskan orang, dan menolong orang untuk mengatasi perubahan.

Kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa untuk meningkatkan prestasi dan membina satu persekitaran kerja yang memotivasikan dalam zaman ekonomi yang mencabar ini, organisasi perlu memfokuskan latihan kepada pengurus, bukannya pekerja.  Dalam Megatrender Newsletter, John Naisbitt menulis, “Industry’s challenge’ - dengan menukarkan jenis pengurus yang tradisional iaitu yang mengarah orang lain membuat kerja kepada pengurus yang bertindak sebagai fasilitator telah membangunkan potensi manusia. Cabaran yang dihadapi ialah melatih semula pengurus bukannya melatih semula pekerja.

Pengurusan adalah satu tanggungjawab yang sukar, dan pengurus harus menyelesaikan tugasan dan matlamat masing-masing dan pengurus melakukan kerja mereka melalui kerja orang lain. Namun, pengurus secara amnya sememangnya menghadapi banyak kesukaran dan cabaran. Mereka menghadapi kesukaran dalam hal mengupah pekerja, bagaimana membuat pekerja bekerja secara berpasukan, apakah komunikasi yang paling berkesan, kurangnya motivasi pekerja, berurusan dengan konflik yang timbul yang membawa kepada prestasi yang lemah. Semua cabaran dan kesukaran ini adalah berkaitan dengan manusia. Dengan menguasai kemahiran hubungan manusia akan menyingkirkan atau sekurang-kurangnya boleh meminimumkan  cabaran dan kesukaran yang dihadapi.

Pekerja diupah untuk melakukan kerja. Tanggungjawab pengurus adalah membuat pekerja bekerja. Cabaran pengurus adalah membuat pekerja yang biasa melakukan sesuatu yang luar biasa, sebab itulah pengurus dibayar dengan gaji yang tinggi. Cara yang paling mudah untuk menguasai pengurusan dan hubungan manusia pada masa yang sama, adalah dengan mengelakkan kesilapan pengurusan yang lazim dilakukan. Terdapat banyak kesilapan yang dilakukan oleh pengurus secara sengaja atau tidak sengaja yang telah menjatuhkan moral, mengurangkan motivasi, prestasi yang menurun dan pekerja yang sering berganti.

Kesilapan pertama adalah apabila pengurus (orang yang bertanggungjawab) tidak mengetahui punca sebenar kurangnya motivasi dan prestasi kerja yang lemah orang bawahannya. Kita selalu mendengar pengurus mengatakan orang bawahan mereka tidak bermotivasi untuk bekerja, kurangnya inisiatif dan prestasi kerja yang  lemah. Namun, jika kita bertanya kepada pengurus punca untuk masalah yang dikatakan, pengurus akan mengatakan puncanya adalah sikap negatif pekerja.

Kebenarannya adalah sikap negatif pekerja hanyalah satu sebab daripada dua puluh sebab lain yang menyebabkan pekerja begitu. Sikap, masalah peribadi dan rintangan di luar kawalan adalah tiga sebab mengapa pekerja tidak menunjukkan prestasi kerja yang menggalakkan, dan pekerja yang bertanggungjawab atas tiga sebab ini. Pengurus (orang yang bertanggungjawab) bertanggungjawab atas tujuh belas sebab yang lain. Prestasi kerja yang lemah, kurangnya motivasi kerja, kemoralan yang rendah adalah sama ada pengurus telah melakukan kesilapan terhadap pekerja atau pengurus telah gagal melakukan sesuatu yang betul kepada pekerja.

Berkaitan dengan ini, Peter Drucker berkata, “Mengurus manusia melibatkan pertimbangan bahwa manusia mempunyai keperibadian, kewarganegaraan, dan kawalan atas tahap prestasi. Dengan itu, mereka memerlukan motivasi, penglibatan, kepuasan, insentif, ganjaran, kepimpinan dan status.  Kesemua ini hanya dapat dipenuhi oleh seseorang pengurus.”